Cuba anda bayangkan keadaan di mana ketulan ais di kawasan antatik berkecai sedikit demi sedikit akhirnya menjadi cair? Sunggun menakutkan! Di manakah tahap kesedaran kita berkenaan dengan isu ini?
Inilah yang dikatakan dengan pemanasan global atau "global warming".
Keadaan ini terjadi apabila suhu di muka bumi menjadi dua kalu ganda
panas. Secara natural, perubahan iklim mengambil masa selama 10,000
tahun untuk berubah namun pemanasan global menyebabkan perubahan iklim
terjadi dalam masa 100 tahun. Bagaimana ianya terjadi?
Pemanasan global terjadi disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida
yang tidak terancang dan faktor utama disebabkan oleh aktiviti manusia
di muka bumi. Di mana konsentrasi karbon dioksida meningkat pada 280
ppm pada kurun ke 18 kepada 379 ppm pada tahun 2005 (sumber dari
wikepedia).Paras karbon dioksida yang boleh diuruskan ialah 450 ppm.