Sunday 9 October 2011

Sains dan Alam Sekitar

Pengenalan

Pengertian Sains ialah proses pengumpulan maklumat yang sistematik mewujudkan sumber ilmu berdasarkan fakta. Sains juga merupakan satu bidang ilmu yang berkait rapat dengan penciptaan teknologi kerana sains mencetuskan ilmu baru yang diguna pakai di dalam kehidupan manusia.

Pengertian alam sekitar pula merujuk kepada komponen benda bukan hidup (abiotik) dan benda hidup (biotik)yang berinteraksi semasa sendiri untuk kemandirian hidup. 

Hubungan Sains dan alam sekitar amat berkait rapat kerana proses semulajadi yang berlaku di dalam alam sekitar merupakan aktiviti sains yang memberi kesan kepada alam semulajadi.Contoh ilmu sains yang berkait rapat dengan alam sekitar seperti kitar carbon, kitar nitrogen, kitar sulfur dan kitar fosforus.Kitar-kitar yang disebutkan diatas adalah amat penting dalam memastikan keseimbangan alam sekitar dan interaksi organisma.

Gambarajah 1.1 dibawah adalah salah satu contoh hubungan sains dan alam sekitar.

 
 Gambarajah 1.1: Kitar karbon

Walaubagaimana pun dengan kemajuan ilmu pengetahuan kini, ilmu sains telah lama diapplikasi untuk kesenangan manusia. Applikasi ilmu Sains juga dikenali sebagai teknologi yang mana kesan buruk teknologi terhadap alam sekitar menyebabkan ketidaksimbangan ekosistem alam sekitar. Contoh applikasi sains di dalam kehidupan manusia memberi impak yang negetif kepada alam sekita serta merupakan isu yang hangat ialah seperti pemanasan global, penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.





No comments:

Post a Comment