Friday 30 December 2011

laporan lawatan ......

PUSAT SAINS NEGARA......

Pusat Sains Negara merupakan sebuah pusat sains yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di puncak bukit yang meliputi keluasan 8 hektar di Bukit Kiara, barat laut bandar raya Kuala Lumpur.
Pusat ini telah dibuka secara rasmi pada 29 November 1996 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Matlamat utama bagi pembinaan pusat sains untuk meningkatkan minat dan pengetahuan mengenai sains dan teknologi. Reka bentuk bangunan menyerupai kon yang digabungkan dengan sebuah kubah geodesik. Konsep keseluruhan pusat sains ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian. 
            
Objektif Lawatan :
Mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi.
Memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab.
Pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman. 

gambar  lawatan di PSN......
















Tuesday 27 December 2011

EKSPERIMEN TANAH......

EKSPERIMEN LAGI...........

Adakah setiap tanah menyerap air dengan kadar yang berbeza?

Melalui eksperimen yang saya jalankan ini kita akan lihat perbezaannya.......
mari kita lihat......

bahan-bahannya :
  1. botol plastik
  2. air dan cawan plastik
  3. corong
  4. kapas atau span
  5. sudu besar
  6. tanah pasir, tanah liat, tanah kebun.
langkah-langkahnya:
  1. sumbat sedikit kapas atau span pada hujung corong
  2. masukkan leher corong pada mulut botol
  3. masukkan 5 sudu tanah ke dalam corong.(ulang langkah1-3 pada ketiga-tiga botol tersebut)
  4. tuangkan setengah cawan air pada tanah tadi dengan perlahan-lahan secara serentak pada ketiga-tiga botol.
  5. tunggu seminit dan perhatikan jumlah air yang bertakung pada botol tersebut.
 apa yang dapat kita perhatikan disini ialah:
  •   Tanah pasir paling kurang menyerap air dan diikuti dengan tanah kebun kemudian tanah liat.
  •    Tanah pasir tidak mengandungi banyak humus dan tanah liat oleh itu tanih pasir tidak menyerap air.
  •    Tanah kebun  mengandungi banyak humus dan boleh menyerap air.
  •    Tanah liat pula  mengandungi zarah-zarah yang lebih kecil  saiznya daripada pasir. 

EKSPERIMEN KEPERLUAN BIJI BENIH........

Bertemu kita kembali......
 Akttiviti yang saya akan lakukan pada minggu lepas ialah eksperimen keperluan biji benih. Melalui eksperimen ini saya dikendaki mencambahkan biji benih kacang hijau. Cara-caranya ialah: 
  1.         Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3
     2. Rendam kacang dalam air seketika
              3. Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekas
              4. Tabur kacang ke atas ketiga-tiga bekas 
              5. Lembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1 (tuang air sedikit setiap hari supaya 
                  biji benih sentiasa lembap)
              6. Penuhkan bekas 2 dengan air. Pastikan kacang ditenggelami oleh air. (Periksa     
                  bekas setiap hari untuk pastikan kacang tenggelam dalam air, tambah air jika perlu)
     7. Bekas 3 dibiarkan kering
     8. Letakkan ketiga-tiga bekas di tempat yang ada cahaya matahari selama 5 hari
 
Pemerhatian eksperimen.....
 pertumbuhan biji benih pada hari 1

hari 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 pertumbuhan biji benih pada seterusnya........
 

 





pertumbuhan biji benih pada hari ke 5
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Melalui eksperimen ini apa yang dapat kita lihat ialah:
1. biji benih pada botol no 1 tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana biji benih ini hanya memperolehi sinaran cahaya matahari dan tidak dapat  bekalan air.
2. biji benih pada botol no 2 pula ada menunjukkan sebarang perubahan tetapi percambahnya terbantut kerana terlalu banyak air yang ada pada botol tersebut yang mengakibatkan biji benih menjadi busuk.
3. biji benih pada botol no 3 ini menunjukkan percambahan yang baik dimana biji benih ini memperolehi air dan sinaran cahaya matahari yang cukup didalam pembesaran..
soalan pada  eksperimen ini :
       apa yang membuat biji benih bercambah?
       Air yang membuatkan biji benih bercambah...............

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Kad imbas sebagai alat bantu mengajar......
   Bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan harmonis guru menciptakan pengajaran yang berkesan sewaktu P&P dijalankan. harus bijak didalam pemilihan bahan bantu mengajar. 
   Guru juga akan  berhadapan dengan kanak-kanak yang berbeza dari segi kebolehan. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pemilihan alat bantu mengajar sewaktu P&P. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga  mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih  bermakna.
       Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar seperti kad imbas merupakan salah satu alat ABM sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kad imbas juga merupakan alat yang mudah didapati dan diperolehi. kad imbas di datangkan dengan perlbagai rupa, warna dan material.
       Selain itu kad imbas juga boleh dibuat mengikut tema dan mengikut tahap kebolehan kanak-kanak itu sendiri. Kad imbas juga tidak memerlukan modal yang besar kerana guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang boleh digunakan sendiri seperti kotak, majalah , surat khabar, buku-buku terpakai dan lain-lain lagi.
      ini merupakan kad imbas yang saya buat sendiri....


contoh kad imbas