Tuesday, 27 December 2011

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Kad imbas sebagai alat bantu mengajar......
   Bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan harmonis guru menciptakan pengajaran yang berkesan sewaktu P&P dijalankan. harus bijak didalam pemilihan bahan bantu mengajar. 
   Guru juga akan  berhadapan dengan kanak-kanak yang berbeza dari segi kebolehan. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pemilihan alat bantu mengajar sewaktu P&P. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga  mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih  bermakna.
       Alat bantu mengajar atau bahan bantu mengajar seperti kad imbas merupakan salah satu alat ABM sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kad imbas juga merupakan alat yang mudah didapati dan diperolehi. kad imbas di datangkan dengan perlbagai rupa, warna dan material.
       Selain itu kad imbas juga boleh dibuat mengikut tema dan mengikut tahap kebolehan kanak-kanak itu sendiri. Kad imbas juga tidak memerlukan modal yang besar kerana guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang boleh digunakan sendiri seperti kotak, majalah , surat khabar, buku-buku terpakai dan lain-lain lagi.
      ini merupakan kad imbas yang saya buat sendiri....


contoh kad imbas

No comments:

Post a Comment