HIJAUKAN BUMI KITA.......
Kempen bumi hijau atau dikenali dengan nama kempen buku hijau telah dilancakan pada 3 mac 2006 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.Progam ini terdiri dari 3 komponen iaitu:
- tanaman ( bercucuk tanam )
- ternakan
- akuakultur
Program ini akan memberi fokus di kawasan bandar dan luar bandar dengan menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak bagi kegunaan sendiri atau diproses. penanaman sayur-sayuran ini juga akan dilaksanakan dihalaman rumah dengan menggunakan konsep 'kitchen garden' atau 'edible landscape.
Tujuan utama kempen hijau ini dijalankan adalah untuk menggalakkan rakyat melakukan aktiviti pertanian serta mewujudkan kesedaran agar mengeluarkan sendiri makanan segar serta berkhasiat serta selamat.
Matlamat kempen ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
Matlamat kempen ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
- Mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga.
- Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama di kalangan belia dan pelajar sekolah bagi melibatkan diri secara komersil dan sepenuh masa di masa akan datang.
- Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat
- Mewujudkan suasana persekitaran dan kawasan halaman perumahan yang cantik dan menarik dengan tanaman makanan yang juga berfungsi sebagai hiasan (edible landscape) selain daripada tanaman hiasan lain.
No comments:
Post a Comment